- Pastikan ejen berdaftar dengan http://search.lppeh.gov.my/
- Semak no ren melalui http://search.lppeh.gov.my/
- Buat carian hak milik di pejabat tanah .ada sedikit bayaran dikenakan di pejabat tanah dan semak kaviat
- Lepas buat carian di pejabat tanah jangan percaya 100% lagi....google maklumat untuk semak penipuan.
- Jangan beli geran kongsi....belilah geran individu yang telah selesai lengkap semua infra....jangan terpedaya jika kononnya syarikat/ ejen kata kos semua termasuk infra dan peguam...ini perangkap.
- semak kesahihan tanah dengan ketua Kampung
- Hanya bayar deposit sikit dahulu..jika yakin dan betul2 minat..biar rugi sedikit
- Terus masuk nama dalam geran dan isi borang 14A hak milik sebelum bayar penuh..jangan sekali-kali terima kontrak s&P ada tempoh walaupun sehari..apatah lagi 18 bulan....berbulan-bulan..taktik penipuan licik....awas..lindungi diri anda...
- lantik peguam ada sendiri
- jangan sekali-kali kongsi peguam dengan penjual...ini perangkap maut..ciri-ciri pertama kes penipuan adalah kongsi peguam....bila berlaku masalah masa depan..peguam penjual tidak akan defend anda....jawabnya anda berputih mata...siap penjual bersubahat dengan penjual kenakan anda nanti.
- Jangan sekali-kali sign agreement S&P tanpa disemak penguam anda selaku pembeli...
- Jangan sekali-kali bayar terus kepada syarikat penjual...semak betul-betul S&P sign dengan penjual atau syarikat penjual.....
- kos lantik peguam anda sendiri tidak lah mahal hanya 1% dari harga tanah = 1% daripada 80,000 = RM800 (murah sahaja) berbanding risiko anda ditipu.pastikan peguam anda berdaftar dengan :https://www.malaysianbar.org.my/find_a_law_firms_areas_of_practice/civil_litigation.html
- kawasan panas penipuan selangor, bangi, kajang lokasi menarik sungai merab, sungai semungkis
- jangan sekali-kali percaya pada muka2 ejen yang nampak innocent dan jujur..siap pakai baju syarikat ..jujurlah sangat.....hakikatnya itulah penyagak terbesar...siap janji bagai nak serah tanah dalam masa 18 bulan..tu semua tipu daya.....tanah asal bayar je isi borang pindah milik terus sign kat pejabat tanah baru betul..bukan main sign kontrak syok sendiri syarikat tipu auta....jangan sangka kalau ada nama peguam dan cop stamp duty anda selamat, semuanya wayang..penipu tau kelemahan mangsa..hanya mangsa sentiasa leka sebab belum kena lagi,
- Semoga kita semua berhati-hati elak ditipu licik
- kalau dah kena tipu tuh berjuanglah - lantik peguam untuk dapat hak anda...paling penting berdoa lah moga Allah selamatkan golongan teraniaya.
- Penipuan licik : ambil kira apa yang ditulis di laman sosial......perlu percaya walaupun sedikit,...sebab ada orang ikhlas menulis di laman sosial untuk selamatkan orang lain yang mungkin terbaca hasil tulisan :
Monday, 6 May 2019
Elak di Tipu Jual Beli Tanah
Elak di Tipu Jual Beli Tanah